Ahad, 21 April 2013

Rancangan Pengajaran tahun 4


Rancangan Pengajaran Objektivisme.
RPH 1

 Tarikh/ Hari:  Isnin                                                     Masa  :     8.40 hingga 9.40 pagi                                             Kelas      :        4 mawar                                                   Bil. Pelajar :    20 orang                                                                       M/ Pel     :      Bahasa Melayu                                                                          
Tajuk      :       Menjaga kebersihan persekitaran   

Objektif :      Pada akhir pengajaran nanti murid-murid dapat menulis sebuah karangan yang baik dan tahu menjaga kebersihan.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah biasa membuat karangan dan sudah tahu menjaga kebersihan.
Konsep :                     Menjaga kebersihan diri
Bahan :                       Keratan akhbar, benda maujud, lembaran kerja
Nilai :                          Kebersihan, kerajinan
Kemahiran :                Fokus Utama
8.1  Membina dan menulis perkataan ayat tunggal dan ayat majmuk.
Fokus Sampingan
6.4 Membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh
2.1  Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang betul.

Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
(10 minit)
Gambar-gambar kebersihan diri
Guru menunjukkan gambar dan keratan akhbar.
Bersoaljawab tentang gambar untuk mengcungkil pengetahuan sedia ada murid.
Murid menyatakan aktiviti yang terdapat di dalam gambar dengan memberi pendapat sebagai menarik minat murid.

Keratan akhbar.
Gambar.
Perkembangan
Langkah 1
(10 minit)

Buku Teks
m/s 20,21
Guru meminta murid membaca buku teks dimuka surat tersebut
Murid membaca teks yang berkaitan dengan kebersihan diri.

Buku teks
Langkah 2
(15 minit)
Soaljawab dan memberi pendapat
Guru menyoal murid mengenai cara menjaga kebersihan diri
Murid memberi pendapat dan mengenai cara menjaga kebersihan diri

Buku Catatan
Langkah 3
( 20 minit )

Menulis rangka karangan dan seterusnya membuat  karangan ‘Menjaga kebersihan diri’

Guru mengarahkan murid mencari rangka/karangan mengenai kebersihan diri

Murid menulis dalam kertas rangka konsep yang diberikan dan membuat karangan

Lembaran kerja
Buku Catatan
Penutup
(5 minit)
Komen dan Penilaian
Guru memberi penilaian dan membuat komen terhadap karangan.
Murid membetul kesilapan, memberi pemulihan dan pengkayaan juga buku latihan dikutip.
Buku latihan Lembaran kerja.

Refleksi :
1.      15 daripada  20 orang murid mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai kebersihan diri dan persekitaran.
2.      80 peratus murid dapat menyiapkan karangan yang diberi dengan betul.
3.      Semua murid dapat membaca dengan baik teks yang diberi.








RPH 2

Tarikh/ Hari:  Selasa                                                     Masa  :     7.40 hingga 8.40 pagi                                             Kelas      :      5 mawar                                                   Bil. Pelajar :    20 orang                                                                       M/ Pel     :      Bahasa Melayu                                                                         
Tajuk      :       Menjaga kebersihan persekitaran   

Objektif :      Pada akhir pengajaran nanti murid-murid dapat bercerita mengenai kebersihan  dan tahu menjaga kebersihan diri.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah biasa memberi pendapat mengenai sesuatu tajuk karangan dan sudah tahu menjaga kebersihan.
Konsep :                     Menjaga kebersihan diri dan persekitaran sekolah
Bahan :                       benda maujud, lembaran kerja
Nilai :                          Kebersihan, kerajinan
Kemahiran :                Fokus Utama
2.1  Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang betul.
Fokus Sampingan
6.4 Membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh
8.1  Membina dan menulis perkataan ayat tunggal dan ayat majmuk.

Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
(10 minit)
Gambar Persekitaran sekolah
Guru menanyakan gambar yang ditunjukkan
Murid memberi pendapat mengenai gambar secara aktif untuk menarik minat.

Gambar.
Perkembangan
Langkah 1
(10 minit)

Lembaran kerja
Guru meminta murid membaca lembaran yang diberi
Murid membaca lembaran yang berkaitan dengan kebersihan sekolah.

Lembaran
Langkah 2
(10 minit)
Soaljawab dan memberi pendapat
Guru menyoal murid mengenai cara menjaga kebersihan sekolah
Murid bercerita mengenai kebersihan sekolah dengan menggunakan ayat sendiri

Buku Catatan
Langkah 3
( 15 minit )
Menjawab soalan kefahaman
Guru memberi soalan kefahaman tentang kebersihan
Murid menjawab soalan kefahaman dengan betul

Lembaran kerja
Langkah 4
( 10 minit)
Perbincangan mengenai jawapan
Guru menyuruh murid bandingkan jawapan.
Murid membandingkan jawapan dan mencari jawapan yang betul.

Penutup
(5 minit)
Komen dan Penilaian
Guru memberi penilaian dan membuat komen terhadap karangan.
Murid membetul kesilapan dan diberi pengkayaan, pemulihan dan buku latihan dikutip.



Refleksi :
1.      Murid menjawab soalan dan bercerita menggunakan perkataan sendiri dengan betul seramai 15 daripada  20 orang murid.
2.      80 peratus murid dapat menjawab soalan kefahaman..
3.      Semua murid dapat membaca dengan baik lembaran kerja yang diberi.



RPH 3

Tarikh/ Hari:  Rabu                                                     Masa  :     9.40 hingga 10.40 pagi                                             Kelas      :      5 mawar                                                   Bil. Pelajar :    20 orang                                                                       M/ Pel     :      Bahasa Melayu                                                                         
Tajuk      :       Menjaga kebersihan persekitaran dan diri sendiri

Objektif :      Pada akhir pengajaran nanti murid-murid dapat membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah biasa membaca dengan betul dan sudah tahu menjaga kebersihan diri.
Konsep :                     Menjaga kebersihan persekitaran
Bahan :                       Keratan akhbar, benda maujud, lembaran kerja
Nilai :                          Kebersihan, kerajinan
Kemahiran :                Fokus Utama
6.4 Membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh
2.1  Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang betul.
8.1  Membina dan menulis perkataan ayat tunggal dan ayat majmuk.
Fokus Sampingan

Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
(10 minit)

Memilih keratan akhbar
 Guru memberi berbagai cerita keratan akhbar
 Murid memilih beberapa cerita dalam akhbar untuk dibaca sebagai menarik minat

Keratan akhbar.

Perkembangan
Langkah 1
(15 minit)

Membaca
Guru meminta murid membaca buku keratan akbar
Murid membaca keratan akhbar dengan pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat.

Buku teks
Langkah 2
(10 minit)
Soaljawab untuk mendapat maklumat
Guru menyoal murid untuk mendapatkan maklumat melalui akhbar yang dibaca mengenai cara menjaga kebersihan persekitaran
Murid memberi pendapat dan mengenai cara menjaga kebersihan sekitar melalui akhbar yang dibaca.

Akhbar
Langkah 3
( 15 minit )

Menjawab soalan secara bertulis
Guru mengarahkan murid menjawab soalan yang diberi secara bertulis
Murid menjawab soalan yang diberi dengan betul

Lembaran kerja
Buku Catatan
Penutup
(10 minit)

Penilaian
Guru mengarah murid membaca keratan akhbar yang lain dan cuba dapatkan maklumat
Murid yang banyak sekali mendapat maklumat diberi ganjaran dan diberi pengkayaan /yang lemah pemulihan



Refleksi :
1.      18 daripada  20 orang murid dapat membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat
2.      70 peratusmengambil bahagian dalam perbincangan mengenai kebersihan diri dan persekitaran.
3.      80 peratus murid dapat menyiapkan lsoalam kefahaman yang diberi dengan betul.
4.      Semua murid dapat membaca dengan baik akhbar yang diberi.




Lampiran 3
Tulis sebuah karangan ’Cara Menjaga Kebersihan Diri’.

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________





PETIKAN CERITA 1

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.         

          Perut saya mula berkeroncong. Alangkah leganya saya apabila loceng berdering menandakan waktu rehat. Lantas, kami beratur di luar kelas sebelum bergerak ke kantin.
            Di kantin, pelbagai makanan dan minuman dijual dengan harga yang berpatutan. Murid-murid diarahkan oleh beberapa orang pengawas agar beratur ketika membeli makanan. Yang degil pasti diambil tindakan.
            Saya dan rakan-rakan menjamu selera sambil berbual-bual. Suasana begitu riuh-rendah. Terdapat juga sebilangan ibu bapa murid Tahap 1 terutamanya menemani anak-anak mereka di kantin. Kekadang, situasi begini membuatkan ruang dan tempat makan menjadi terhad.
            Pusat sumber juga menjadi tumpuan ulat buku pada waktu rehat. Mereka mengambil peluang untuk menelaah dan mengulang kaji pelajaran. Pustakawan pula sibuk mencatat rekod pinjaman dan pemulangan buku.    Selain itu, kedai buku sekolah  turut dikunjungi  untuk pelajar yang ingin membeli alat tulis, buku latihan, dan sebagainya. Tandas juga menjadi sesak untuk mereka yang mahu melepaskan ’hajat’ masing-masing. Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah habis. Kami beratur sebelum masuk ke dalam kelas untuk meneruskan pembelajaran.


1          Beri maksud simpulan bahasa ulat buku yang terdapat di dalam petikan.
            A         membuat kerja sekolah
            B         rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran
            C         suka berbincang dengan rakan

2          Apakah tindakan yang sewajarnya diambil kepada murid yang melanggar
            peraturan ketika membeli makanan di kantin?
            A         mereka akan diberi nasihat
            B         mereka tidak akan dibenarkan membeli makanan
            C         mereka akan dibawa berjumpa dengan guru besar
            D         mereka akan dibuang sekolah

3          Pada pukul berapakah peristiwa dalam petikan tersebut berlaku?
            A         8.00 pagi
            B         10.00 pagi
            C         12.00 tengah hari
            D         2.00 petang

4          Sebagai seorang pustakawan, apakah tugas anda ?
            A         membaca buku di pusat sumber
            B         meminjam buku di pusat sumber
            C         merekod pemulangan dan pinjaman buku cerita
            D         merekod pemulangan dan pinjaman buku rujukan

5          Antara berikut, yang manakah tempat yang bukan dikunjungi semasa waktu
           rehat ?
            A         Perpustakaaan
            B         Kedai koperasi
            C         Tandas
            D         Makmal sains  

Tiada ulasan: