Isnin, 6 Mei 2013

MELAWAT BALI INDONESIA CARA MURAH 2


Salam mesra. Ingin saya menyambung lagi cerita melawat Pulau Bali. Selepas Waktu Magrib kami mengisi perut dengan makan bekalan yang dibawa dari Malaysia. Isteri saya menyediakan roti yang disapu kaya, juga biskut dan anak-anak apa lagi dengan makanan mee segera mereka. Kami tidak makan di hotel kerana pekerja bukan Islam yang menyediakan makanan. Kepada sahabat semua, jika pergi ke Pulau Bali, jangan lupa bawa sedikit makanan dan minuman segera, kerana sangat sedikit kedai makanan orang Islam. 
Lebih kurang pukul 9.00 malam pihak hotel mengadakan pertunjukan “tarian Barong”. Tarian ini seperti tarian naga tetapi dalam bentuk persembahan dan ada sedikit pemujaan. Agak menakutkan juga bagi kanak kanak.


Hari ketiga pagi-pagi lagi kami sewa van dan keluar dari hotel kerana hotel ini agak jauh dari bandar utama dan mahal sedikit. Anak-anak sempat lagi mandi kolam.

Mula-mula kami cari hotel di pantai Kuta. Saya dapat menyewa hotel RM85. 00 semalam, jadi kami sewa dua malam dua bilik.  Selepas itu kami berjalan ketempat membeli belah di Ubud. Tetapi sekejap sahaja di sini kerana hujan lebat. Kawasan ini banyak terdaapat monyet yang berkeliaran dan ada juga kedai cenderamata seperti Taman Botanikal Pulau Pinang. Selepas itu kami pergi pula ke Sukawati. Kawasan ini juga merupakan tempat membeli belah.



Pertengahan jalan kami singgah pusat kraf dan tempat jual kopi, tapi awas ada kopi tahi musang atau kopi luwak, baunya harum dan mahal.


Lepas itu kami pergi ke bandar Jimbaran untuk makan makanan laut.Ambil gambar sahaja, pemandangannya cantik
 Tetapi tiada kedai muslim, kami pergi ke kedai biasa aje. Harga makanan laut agak mahal tetapi ketam, udangnya besar-besar.


Selepas itu pergi ke Nusa Dua, tempat orang menyelam dan melakukan aktiviti laut.

Setelah anak-anak penat dan waktu petang kami balik hotel berehat. Lebih kurang pukul lima kami pergi berjalan di Pantai Kuta. Orang sangat ramai dan anak-anak sempat mandi laut. 




Selepas  mandi kami singgah kafe’ minun jus avakado dan kiwi yang terkenal disini.
Sebelah malam pula kami naik kuda keliling bandar Kuta, lebih kurang RM30.00 satu pusingan. Nasib baik sebelah hotel kami ada restoran Minang, jadi kami makan malam dikedai tersebut.
Besoknya hari kelima kami membeli belah disekitar hotel dan bersiar dibandar Kuta dan pada hari itu juga kami berkemas barang untuk kembali ke Malaysia. Lebih kurang pukul satu petang kami pulang ke Malaysia.




  Banyak lagi tempat menarik yang kami tidak sempat pergi.Insyaallah sekiranya ada kesempatan kami datang lagi. Setakat ini sahaja buat kali ini, saya akan coret lagi percutian seterusnya ditempat lain pula. Sekian terima kasih.

Rabu, 1 Mei 2013

UMRAH BERSAMA KELUARGA 1

Sebagai menyahut seruan sekurang-kurangnya sekali umrah dan sekali haji bagi setiap muslim, kami berpakat untuk menunaikan umrah sekeluarga. Walaupun tidak semua yang dapat pergi, kerana masing-masing ada hal lain yang tidak dapat dielakkan. Setelah puas menunggu akhirnya anak-anak dapat juga bersama bapa mengerjakan umrah seramai 10 orang. Kami berada di sana lebih kurang 14 hari sebagaimana pekej yang ditetapkan. Kami bertolak dari P.Pinang ke KL dan terus Jeddah.


Setelah sampai Jedah kami terus ketempat penginapan hantar barang dihotel di Mekah dan terus mengerjakan umrah. Kami berniat umrah di atas kapal terbang. Umrah kali pertama semuanya begitu bersemangat. Kami dapat mengerjakan lebih kurang 8 kali seorang.




Bermula dengan tawaf 7 pusingan sekeluarga.




Selepas tawaf kami bersaie.




Akhir sekali  kita bercukur atau bergunting.Habislah satu umrah, selepas itu tiada pantang lagi dan moga dimakbul Allah.



Gambar sekitar Kaabah.




Rumah tumpangan di Mekah.

Ziarah ke ladang unta. Disini kita boleh membeli susu segar. Cara memerah susu dan menjualnya agak tradisional, mungkin dikawasan lain ada cara moden memerah susu unta. 


Bergambar dengan keluarga di bandar Mekah.



Bas akan membawa kita ziarah tempat-tempat menarik.
Unta sekitar Mekah
Bukit Rahmah, salah satu tempat orang berdoa dan antaranya agar kasih sayang keluarga berpanjangan. Semoga apa yang dipaparkan dapat menjadi panduan untuk pengunjung sekiranya mahu mengerjakan Umrah. Insyaallah saya akan cerita lagi ziarah saya dan cerita di Madinah pada masa akan datang. Bersambung lagi bahagian 2 nanti.

Ahad, 28 April 2013

Rahsia ejaan BI / BM


            Penyesuaian huruf – huruf konsonan tertentu
Huruf
B.Inggeris
B.Malaysia
C – s
cent
sen
C/cc – k
Card, account
Kad, akaun
Cc – ks
access
akses
Ch – c
Charge, cheque
Caj, cek
Ph – f
graph
Graf
Ch – k
technique
Teknik
S – z
Music, physic
Muzik, fizik
Sc – s
science
Sains
Sc – sk
Scale, screw
Skala, skru
Q – k
Quality, quota
Kualiti, kuota
Th – t
Theory, thesis
Teori, tesis
X – ks
Express, complex
Ekspres, kompleks
Y – I
Economy, analysis
Ekonomi, analisis

SENAMAN PETANG


Hari jadi cucu


Jumaat, 26 April 2013

PEMANTAPAN TATABAHASA


KEKELIRUAN
1.   Pilihanraya atau pilihan raya                  
      Dalam kata majmuk, kata raya mesti dipisahkan daripada unsur pertama kecuali kata nama khas yang telah diwartakan seperti Dewan Bandaraya Ipoh.
Yang betul : pilihan raya, jalan raya, lebuh raya.
2.   Pusat beli-belah atau pusat membeli-belah?
      Frasa nama pusat membeli-belah bermaksud pusat yang melakukan kerja membeli-belah, sedangkan maksud yang sebenar ialah tempat tumpuan orang ramai untuk membeli-belah.
Yang betul: pusat beli-belah
3.   Perlantikan atau pelantikan?
      Imbuhan beR… akan membentuk kata nama terbitan peR…an. Imbuhan meN…akan membentuk kata nama terbitan peN…an. Oleh sebab itu, tidak wujud kata nama perlantikan, perletakan, perlucutan kerana tidak terdapat perkataan berlantik, berletak, berlucut.
4.   Justeru atau justeru itu?
      Makna justeru ialah kebetulan, tepat, kena benar dan malahan atau bahkan. Boleh digantikan dengan oleh sebab itu.
5.   Dalam dan di dalam
      Kedua-dua mendukung maksud yang berlainan. Dalam sebagai kata arah akan hadir sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau tempat, misalnya di dalam atau ke dalam. Kata sendi nama dalam pula digunakan di hadapan frasa nama yang membawa maksud lingkungan yang tidak mempunyai jarak atau ruang seperti perkara, peristiwa, hal, masyarakat dan lain-lain.

Semoga menambah sedikit ilmu

KACAU PENYANYI MALU


SAYA SAYANG IBU


TERSILAP KATA



Dalam penggunaan perkataan ini, kita selalu tersilap kerana menggandakan perkataan-perkataan yang
Mengikutinya. Contohnya:


Salah                                                                                     Betul
1.  …sekawan burung-burung…

2.  …sebaris rumah-rumah…

3.  …sekumpulan pelajar-pelajar sekolah menengah…

4.  …sekandang lembu-lembu…

5.  …serangkai manik-manik…                        

6.  …setimbun buku-buku cerita…
1.  …sekawan burung…

2.  …sebaris rumah…

3.  …sekumpulan pelajar sekolah menengah…

4.  …sekandang lembu…

5.  …serangkai manik…

6.  …setimbun buku cerita…


Sama-samalah kita membetulkan kesilapan bahasa seperti yang di atas! Sekarang, perhatikan pula kesilapan
bahasa dalam contoh yang berikut:

Salah                                                                                     Betul
1.  …kalangan tokoh-tokoh profesional…

2.  …di kalangan orang-orang dewasa…

3. Rombongan wanita-wanita UMNO…

4. Kumpulan pengakap-pengakap SRK Sentul…

5. Barisan pemain-pemain Malaysia
1.  …kalangan tokoh profesional…

2.  …di kalangan orang dewasa…

3. Rombongan wanita UMNO…

4. Kumpulan pengakap SRK Sentul…

5. Barisan pemain Malaysia




SOALAN KEFAHAMAN UPSR




Arahan : Baca cerita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan  yang berikutnya.
               
            Aku terjaga daripada tidur apabila mukaku  terkena tempias yang bolos melalui daun tingkap yang separuh terbuka.  Di luar hujan renik-renik dan udara kedinginan.  Keadaan ini membuatkan aku kesiangan, fikirku sambil menutup tingkap itu.
            Aku ke dapur.  Rumahku sunyi sahaja.  Entah ke mana emak dan ayahku, aku tidak pasti.
            Kubuka saji.  Semuanya sudah siap.  Nasi pulut dengan ikan sepat bakar.  Melihat sajian itu, perutku berkeroncong.  Aku makan sambil berfikir tentang perkara yang harus kubuat pada waktu hujan begini. Sebentar kemudian kudengar bunyi benda keras mengenai lantai lambur.  Kubuka pintu.  Rupa-rupanya emakku baru balik.  Dia mencampakkan sahaja golok di atas lambur itu sebelum pergi ke perigi. Aku dapat mengagak apa yang dibuat oleh emakku.  Selalunya jika tidak dapat menoreh seperti hari-hari biasa, dia akan menetak mengkuang di tepi paya.  Mengkuang itu akan dianyam menjadi tikar.
            Emak naik ke rumah.  “Lain kali bangunlah pagi-pagi,” leter emak.  “Boleh tolong emak tetak mengkuang,” tambahnya lagi. “Ayah ke mana?” tanyaku.  “Katanya, tadi dia hendak ke kebun tembakau.  Dia bimbang benar kalau-kalau air sungai naik dan memusnahkan pokok-pokok tembakaunya,” jawab emak. “Ingatkan ayah menjaring ikan,” kataku.  Pokok-pokok tembakau kepunyaan ayah hampir boleh dipungut daunnya.  Kalau semalam dua pokok tembakau itu terendam dalam air habislah,” jawab emak. Suaranya risau.
            “Tapi harap-harap hujan ini akan reda dengan cepat,” sambungnya lagi. Ayahku memang rajin.  Di sebelah pagi dia menoreh bersama emak.  Di sebelah petang pula dia menanam tembakau.  Kadang-kadang aku menolongnya di kebun tembakau itu. Aku membuat kerja-kerja yang ringan sahaja seperti membaja dan meracun.  Ulat suka benar makan daun-daun tembakau.  Habis berlubang-lubang daun tembakau itu. “Jangan termangu lagi. Pergilah baca buku,” kata ibu.  Lamunanku tergencat.

1              Mengapakah penulis kesiangan?

             A         Kerana sekarang musim hujan

             B         Kerana mukanya terkena tempias

            C         Kerana tidak dikejutkan oleh emak
            D         Kerana hari hujan dan udara dingin

2              Berikut ialah urutan  kerja yang betul dilakukan oleh penulis
A         melihat ke luar rumah, menutup tingkap, menuju ke dapur
B         membuka tudung saji, bersarapan dan mencari emaknya
C         pergi ke dapur, membuka tudung saji dan bersarapan
D         menutup tingkap, pergi ke dapur, membuka saji

3              Apakah pekerjaan sampingan emak penulis?
A         Mencari daun mengkuang
B         Menganyam tikar
C         Menangkap ikan
D         Menoreh getah

4              Berikut ialah masalah-masalah yang ditempuhi dalam kehidupan keluarga penulis KECUALI

             A         tidak dapat menoreh apabila hujan 

B         daun-daun tembakau dimakan ulat
C         tanaman tembakau yang diancam banjir
D         daun-daun tembakau akan dipungut tidak lama lagi

5              Maksud perkataan  ‘ tergencat ‘  dalam petikan ialah
A         terhenti
B         terputus
C         tergendala
D         terganggu

JAWAPAN
1.  D   Kerana hari hujan dan udara dingin
2.  C   pergi ke dapur, membuka tudung saji dan bersarapan
3.  B   Menganyam tikar
4   D   daun-daun tembakau akan dipungut tidak lama lagi
5.  A   terhenti

Senarai Kata Majmuk Mantap




1
antarabangsa
18
manakala
2
apabila
19
matahari
3
apakala
20
olahraga
4
bagaimana
21
padahal
5
barangkali
22
peribadi
6
beritahu
23
peribahasa
7
bumiputera
24
perikemanusiaan
8
darihal
25
pesuruhjaya
9
daripada
26
setiausaha
10
dinihari
27
sukacita
11
dukacita
28
sukarela
12
hulubalang
29
suruhanjaya
13
jawatankuasa
30
tandatangan
14
kadangkala
31
tanggungjawab
15
kakitangan
32
walhal
16
kepada
33
warganegara
17
kerjasama




Senarai Kata Berpartikel  pun

1
adapun
8
lagipun
2
andaipun
9
mahupun
3
ataupun
10
meskipun
4
bagaimanapun
11
sekalipun
5
biarpun
12
sungguhpun
6
kalaupun
13
kalaupun
7
kendatipun