Jumaat, 26 April 2013

PEMANTAPAN TATABAHASA


KEKELIRUAN
1.   Pilihanraya atau pilihan raya                  
      Dalam kata majmuk, kata raya mesti dipisahkan daripada unsur pertama kecuali kata nama khas yang telah diwartakan seperti Dewan Bandaraya Ipoh.
Yang betul : pilihan raya, jalan raya, lebuh raya.
2.   Pusat beli-belah atau pusat membeli-belah?
      Frasa nama pusat membeli-belah bermaksud pusat yang melakukan kerja membeli-belah, sedangkan maksud yang sebenar ialah tempat tumpuan orang ramai untuk membeli-belah.
Yang betul: pusat beli-belah
3.   Perlantikan atau pelantikan?
      Imbuhan beR… akan membentuk kata nama terbitan peR…an. Imbuhan meN…akan membentuk kata nama terbitan peN…an. Oleh sebab itu, tidak wujud kata nama perlantikan, perletakan, perlucutan kerana tidak terdapat perkataan berlantik, berletak, berlucut.
4.   Justeru atau justeru itu?
      Makna justeru ialah kebetulan, tepat, kena benar dan malahan atau bahkan. Boleh digantikan dengan oleh sebab itu.
5.   Dalam dan di dalam
      Kedua-dua mendukung maksud yang berlainan. Dalam sebagai kata arah akan hadir sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau tempat, misalnya di dalam atau ke dalam. Kata sendi nama dalam pula digunakan di hadapan frasa nama yang membawa maksud lingkungan yang tidak mempunyai jarak atau ruang seperti perkara, peristiwa, hal, masyarakat dan lain-lain.

Semoga menambah sedikit ilmu

1 ulasan:

sarang ilmu berkata...

kesilapan yang kadang-kadang tidak disengajakan....terima kasih dengan panduan yang dis sediakan