Ahad, 28 April 2013

Rahsia ejaan BI / BM


            Penyesuaian huruf – huruf konsonan tertentu
Huruf
B.Inggeris
B.Malaysia
C – s
cent
sen
C/cc – k
Card, account
Kad, akaun
Cc – ks
access
akses
Ch – c
Charge, cheque
Caj, cek
Ph – f
graph
Graf
Ch – k
technique
Teknik
S – z
Music, physic
Muzik, fizik
Sc – s
science
Sains
Sc – sk
Scale, screw
Skala, skru
Q – k
Quality, quota
Kualiti, kuota
Th – t
Theory, thesis
Teori, tesis
X – ks
Express, complex
Ekspres, kompleks
Y – I
Economy, analysis
Ekonomi, analisis

SENAMAN PETANG


Hari jadi cucu


Jumaat, 26 April 2013

PEMANTAPAN TATABAHASA


KEKELIRUAN
1.   Pilihanraya atau pilihan raya                  
      Dalam kata majmuk, kata raya mesti dipisahkan daripada unsur pertama kecuali kata nama khas yang telah diwartakan seperti Dewan Bandaraya Ipoh.
Yang betul : pilihan raya, jalan raya, lebuh raya.
2.   Pusat beli-belah atau pusat membeli-belah?
      Frasa nama pusat membeli-belah bermaksud pusat yang melakukan kerja membeli-belah, sedangkan maksud yang sebenar ialah tempat tumpuan orang ramai untuk membeli-belah.
Yang betul: pusat beli-belah
3.   Perlantikan atau pelantikan?
      Imbuhan beR… akan membentuk kata nama terbitan peR…an. Imbuhan meN…akan membentuk kata nama terbitan peN…an. Oleh sebab itu, tidak wujud kata nama perlantikan, perletakan, perlucutan kerana tidak terdapat perkataan berlantik, berletak, berlucut.
4.   Justeru atau justeru itu?
      Makna justeru ialah kebetulan, tepat, kena benar dan malahan atau bahkan. Boleh digantikan dengan oleh sebab itu.
5.   Dalam dan di dalam
      Kedua-dua mendukung maksud yang berlainan. Dalam sebagai kata arah akan hadir sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau tempat, misalnya di dalam atau ke dalam. Kata sendi nama dalam pula digunakan di hadapan frasa nama yang membawa maksud lingkungan yang tidak mempunyai jarak atau ruang seperti perkara, peristiwa, hal, masyarakat dan lain-lain.

Semoga menambah sedikit ilmu

KACAU PENYANYI MALU


SAYA SAYANG IBU


TERSILAP KATA



Dalam penggunaan perkataan ini, kita selalu tersilap kerana menggandakan perkataan-perkataan yang
Mengikutinya. Contohnya:


Salah                                                                                     Betul
1.  …sekawan burung-burung…

2.  …sebaris rumah-rumah…

3.  …sekumpulan pelajar-pelajar sekolah menengah…

4.  …sekandang lembu-lembu…

5.  …serangkai manik-manik…                        

6.  …setimbun buku-buku cerita…
1.  …sekawan burung…

2.  …sebaris rumah…

3.  …sekumpulan pelajar sekolah menengah…

4.  …sekandang lembu…

5.  …serangkai manik…

6.  …setimbun buku cerita…


Sama-samalah kita membetulkan kesilapan bahasa seperti yang di atas! Sekarang, perhatikan pula kesilapan
bahasa dalam contoh yang berikut:

Salah                                                                                     Betul
1.  …kalangan tokoh-tokoh profesional…

2.  …di kalangan orang-orang dewasa…

3. Rombongan wanita-wanita UMNO…

4. Kumpulan pengakap-pengakap SRK Sentul…

5. Barisan pemain-pemain Malaysia
1.  …kalangan tokoh profesional…

2.  …di kalangan orang dewasa…

3. Rombongan wanita UMNO…

4. Kumpulan pengakap SRK Sentul…

5. Barisan pemain Malaysia




SOALAN KEFAHAMAN UPSR




Arahan : Baca cerita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan  yang berikutnya.
               
            Aku terjaga daripada tidur apabila mukaku  terkena tempias yang bolos melalui daun tingkap yang separuh terbuka.  Di luar hujan renik-renik dan udara kedinginan.  Keadaan ini membuatkan aku kesiangan, fikirku sambil menutup tingkap itu.
            Aku ke dapur.  Rumahku sunyi sahaja.  Entah ke mana emak dan ayahku, aku tidak pasti.
            Kubuka saji.  Semuanya sudah siap.  Nasi pulut dengan ikan sepat bakar.  Melihat sajian itu, perutku berkeroncong.  Aku makan sambil berfikir tentang perkara yang harus kubuat pada waktu hujan begini. Sebentar kemudian kudengar bunyi benda keras mengenai lantai lambur.  Kubuka pintu.  Rupa-rupanya emakku baru balik.  Dia mencampakkan sahaja golok di atas lambur itu sebelum pergi ke perigi. Aku dapat mengagak apa yang dibuat oleh emakku.  Selalunya jika tidak dapat menoreh seperti hari-hari biasa, dia akan menetak mengkuang di tepi paya.  Mengkuang itu akan dianyam menjadi tikar.
            Emak naik ke rumah.  “Lain kali bangunlah pagi-pagi,” leter emak.  “Boleh tolong emak tetak mengkuang,” tambahnya lagi. “Ayah ke mana?” tanyaku.  “Katanya, tadi dia hendak ke kebun tembakau.  Dia bimbang benar kalau-kalau air sungai naik dan memusnahkan pokok-pokok tembakaunya,” jawab emak. “Ingatkan ayah menjaring ikan,” kataku.  Pokok-pokok tembakau kepunyaan ayah hampir boleh dipungut daunnya.  Kalau semalam dua pokok tembakau itu terendam dalam air habislah,” jawab emak. Suaranya risau.
            “Tapi harap-harap hujan ini akan reda dengan cepat,” sambungnya lagi. Ayahku memang rajin.  Di sebelah pagi dia menoreh bersama emak.  Di sebelah petang pula dia menanam tembakau.  Kadang-kadang aku menolongnya di kebun tembakau itu. Aku membuat kerja-kerja yang ringan sahaja seperti membaja dan meracun.  Ulat suka benar makan daun-daun tembakau.  Habis berlubang-lubang daun tembakau itu. “Jangan termangu lagi. Pergilah baca buku,” kata ibu.  Lamunanku tergencat.

1              Mengapakah penulis kesiangan?

             A         Kerana sekarang musim hujan

             B         Kerana mukanya terkena tempias

            C         Kerana tidak dikejutkan oleh emak
            D         Kerana hari hujan dan udara dingin

2              Berikut ialah urutan  kerja yang betul dilakukan oleh penulis
A         melihat ke luar rumah, menutup tingkap, menuju ke dapur
B         membuka tudung saji, bersarapan dan mencari emaknya
C         pergi ke dapur, membuka tudung saji dan bersarapan
D         menutup tingkap, pergi ke dapur, membuka saji

3              Apakah pekerjaan sampingan emak penulis?
A         Mencari daun mengkuang
B         Menganyam tikar
C         Menangkap ikan
D         Menoreh getah

4              Berikut ialah masalah-masalah yang ditempuhi dalam kehidupan keluarga penulis KECUALI

             A         tidak dapat menoreh apabila hujan 

B         daun-daun tembakau dimakan ulat
C         tanaman tembakau yang diancam banjir
D         daun-daun tembakau akan dipungut tidak lama lagi

5              Maksud perkataan  ‘ tergencat ‘  dalam petikan ialah
A         terhenti
B         terputus
C         tergendala
D         terganggu

JAWAPAN
1.  D   Kerana hari hujan dan udara dingin
2.  C   pergi ke dapur, membuka tudung saji dan bersarapan
3.  B   Menganyam tikar
4   D   daun-daun tembakau akan dipungut tidak lama lagi
5.  A   terhenti

Senarai Kata Majmuk Mantap




1
antarabangsa
18
manakala
2
apabila
19
matahari
3
apakala
20
olahraga
4
bagaimana
21
padahal
5
barangkali
22
peribadi
6
beritahu
23
peribahasa
7
bumiputera
24
perikemanusiaan
8
darihal
25
pesuruhjaya
9
daripada
26
setiausaha
10
dinihari
27
sukacita
11
dukacita
28
sukarela
12
hulubalang
29
suruhanjaya
13
jawatankuasa
30
tandatangan
14
kadangkala
31
tanggungjawab
15
kakitangan
32
walhal
16
kepada
33
warganegara
17
kerjasama




Senarai Kata Berpartikel  pun

1
adapun
8
lagipun
2
andaipun
9
mahupun
3
ataupun
10
meskipun
4
bagaimanapun
11
sekalipun
5
biarpun
12
sungguhpun
6
kalaupun
13
kalaupun
7
kendatipun