Ahad, 21 April 2013

JOM JAWAB SOALAN C BAHASA MELAYU UPSR.






Contoh  SOALAN  

Tulis beberapa NILAI dan PENGAJARAN yang dapat kamu peroleh daripada petikan  di bawah. Panjang jawapan  kamu  mestilah  TIDAK  KURANG DARIPADA  50  PATAH  KATA.  Tulis jawapan kamu dalam  SATU PERENGGAN.


Alina tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru Matematiknya. Malam tadi, Alina mencuba membuatnya tetapi dia tidak tahu akan cara-caranya. Awal-awal pagi lagi, Alina pergi ke sekolah. Dia meminjam buku latihan Safura dan menyalinnya. Dia mengucapkan terima kasih kepada Safura kerana membenarkannya meniru buku latihan itu. Walau bagaimanapun, Alina dan Safura telah dipanggil oleh guru kerana beliau mensyaki salah seorang daripada mereka meniru. Tanpa berselindung, Alina memberitahu hal sebenarnya. Dia meminta maaf kepada gurunya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.





Contoh  SOALAN  C (3)

Tulis beberapa NILAI dan PENGAJARAN yang dapat kamu peroleh daripada  petikan  di bawah. Panjang jawapan  kamu  mestilah  TIDAK  KURANG DARIPADA  50  PATAH  KATA.  Tulis jawapan kamu itu dalam  SATU PERENGGAN.

Semasa Hakim terjaga daripada tidur, jam mejanya telah menunjukkan pukul  7:10 pagi.  Dia tahu bahawa dia telah terlewat untuk ke sekolah. Dia bangun dengan tergesa-gesa. Selepas mandi dan berpakaian, Hakim mengayuh basikalnya dengan laju  ke sekolah.  Sesampainya di sekolah, murid lain telah mula belajar. Hakim memberi salam dan masuk ke kelas. Halim ditegur oleh gurunya atas kelewatan tersebut. Dia meminta maaf kepada gurunya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi. Kini, baru dia sedar bahawa kecenderungannya menonton televisyen sehingga jauh malam tidak membawa sebarang kebaikan kepadanya.




NILAI DAN PERNYATAANNYA

Nilai
Pernyataan


Baik
Hati
Murah hati.
Belas kasihan.
Bertimbang rasa.
Ramah mesra.
Kesediaan meminta dan memberi maaf.
Sabar, saling memahami dan toleransi.
Saling memanfatkan.

Berdikari
Tidak mengharapkan orang lain untuk mencapai sesuatu matlamat.
Yakin kepada diri sendiri.
Berupaya bertindak sendirian.


Hemah
Tinggi
Sentiasa melakukan sesuatu yang dikehendaki oleh masyarakat.
Mengamalkan segala bentuk sikap positif yang menjadi tonggak kesempurnaan peribadi.
Tidak memandang rendah dan menghina mereka yang kurang bernasib baik.
Sopan dan bertatasusila.
Mengakui kesilapan diri.



Hormat-Menghormati

Menghormati ibu bapa, guru, pemimpin, dan orang yang lebih berusia.
Mematuhi undang-undang dan peraturan.
Menepati masa dan menggunakan masa dengan baik.
Menghormati adat resam dan kepercayaan kaum lain.
Menghargai sumbangan dan jasa.
Menghormati hak asasi orang lain.

Kasih
 Sayang
Sayang akan diri sendiri / ada harga diri.
Mengamalkan gaya hidup sihat.
Sayang akan alam semula jadi.
Sayang akan harta benda.
Cinta akan keamanan dan keharmonian.


Keadilan
Bertindak adil dan saksama dalam membuat keputusan atau dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Mengenakan ganjaran dan denda yang seimbang dalam pengurusan sesuatu.
Adil dalam pembahagian dan pengagihan.

Kebebasan
Membuat sesuatu dalam lingkungan peraturan dan undang-undang.

Keberanian
Bersedia untuk mencuba sesuatu.
Bersedia untuk menegakkan kebenaran.


Kebersihan
Fizikal
dan
Mental
Bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan diri, rumah, sekolah, dan persekitaran.
Kebersihan untuk keselesaan hidup dan kesihatan.
Amalan harian mengikut masa, misalnya rehat, tidur dan makan.
Pakaian yang sempurna.
Pemikiran yang sihat, kata-kata yang sopan dan tingkah laku yang baik.








Kejujuran
Menyatakan sesuatu dengan betul dan benar tanpa menokok tambah atau berselindung.
Sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat yang baik, amanah dan ikhlas.
Sikap bertanggungjawab yang menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.
Kesucian hati tanpa mengharapkan balasan apabila melakukan sesuatu.



Kerajinan
Usaha berterusan yang penuh dengan semangat ketekunan.
Teguh, tetap dan tabah hati dalam melakukan sesuatu perkara.
Berusaha sungguh-sungguh dengan semangat inisiatif, inovatif dan kreatif .
Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu perkara.




Bekerjasama
Mengamalkan usaha yang baik dan membina yang dilakukan secara bersama-sama.
Hubungan mesra tanpa mengira keturunan atau bangsa untuk melahirkan kerjasama yang erat.
Tanggungjawab atau kewajipan yang perlu dipikul bersama.
Saling membantu dalam melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab tanpa mengharapkan ganjaran.
Sanggup toleransi, sabar dan dapat mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan.
Suasana persefahaman dan kerjasama pada peringkat keluarga, komuniti, masyarakat, negara dan antarabangsa.


Kesederhanaan
Tidak keterlaluan atau berlebih-lebihan dalam membuat pertimbangan / tindakan.
Sederhana dalam pertuturan dan tingkah laku.
Sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri / kepentingan orang lain.


Kesyukuran
Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas atas nikmat dan kesenangan yang diperoleh.
Melahirkan perasaan untuk mengiktiraf dan menghargai sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.
Mengingat jasa baik seseorang dan berhasrat untuk membalasnya.
Berterima kasih atas jasa dan sumbangan yang diterima.


Rasional
Boleh mengambil kira baik buruk sesuatu sebelum membuat keputusan.
Mampu berfikir dan memberi alasan yang munasabah.
Sikap dan pandangan yang boleh diterima akal dan munasabah.
Dapat membuat pertimbangan yang wajar.

Semangat
Bermasyarakat
Peka terhadap keperluan dan kehendak masyarakat.
Bekerjasama dan muafakat dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.


Patriotisme
Hormat dan setia kepada pemimpin, raja dan negara.
Patuh kepada peraturan dan undang-undang.
Semangat cinta akan negara.
Cinta dan taat kepada raja dan negara.

Tiada ulasan: