Ahad, 21 April 2013

MELAWAT BALI INDONESIA CARA MURAH 1



Salam.  Pada bulan Disember 2012 saya membawa keluarga bercuti di Bali. Saya bersama isteri dan tiga orang anak. Setelah melihat pakej lawatan saya dapati semuanya melebihi RM 1300 untuk seorang. Jadi saya buat keputusan tempah sendiri AirAsia dan tempah bilik melalui ‘online’.Lebih kurang RM800 seorang termasuk kapal terbang dan penginapan untuk 5hari 4malam. Kami sampai di Ngurai Airport waktu tengahari.



Anak-anak dalam kapal terbang.
Saya tinggal disana 5 hari 4 malam. Bila sampai kami terus cari ‘kereta sewa’ untuk ke hotel. Tapi ingat jangan cari ‘Taxi’ kerana ia lebih mahal.
Dua malam kami tinggal di Ramacandidasa. Hotel agak mahal (Antara RM200 hingga RM 400) dan jauh dari lapangan terbang. Kalau suka sunyi elok disini, tetapi kalau nak berjalan kena tinggal dibandar. Tempat ini cantik dan nyaman.


suasana dihotel.



Anak-anak suka mandi kolam
Hari petama kami sampai dah petang hanya, berjalan disekitar hotel dan anak-anak mandi kolam sahaja. Hari kedua kami mula berjalan, sewa van sekali pemandu 8 jam hanya RM 80 hingga RM100 hingga petang. Agak murah jika dibandingkan dengan Langkawi. Mula-mula kami melawat tempat seni ukir. Tapi tak penah sampai petang kerana anak-anak cepat penat.





Ukiran mereka sangat halus. Lihatlah persekitaran ukiran yang dipamerkan. Tak beli pun.. mahal sikit. Ambil gambar jadi lah... Kami pergi Gianyar. Tampat Ibadat penganut Hindu dan terus ke Ubud.. tempat ukir dan seni, termasuk lukisan. Selepas tuu... kami pergi tempat lukisan pulak... cantik jugak.. agak murah tapi tak minat pulak nak beli.



Bergambar bersama pelukis , nampak senang melukis. Selepas nii.. kami makan tengahari tapi awas... susah hendak cari kedai makan... Kita kena cari masakan restoran padang.. Pak Supir akan bawa kita mencari sekitar Bali... harga sama seperti Malaysia. Katanya hanya 10% sahaja beragama Islam... jadi berhati-hati kerana bahasa, rupa, pakaian sama dengan orang islam... Pastikan penjual adalah Islam...
Hari kedua kami akhiri dengan melawat tempat seni logam.. perak dan tembaga. Ada lee juga isteri beli barang perak.Harganya lebihkurang dengan Malaysia aje. Kalau pergi sendiri lebih murah ke tempat-tempai ini,kerana Pak Supir ambil komisyen.


Antara barangan tembaga/perak yang dijual di Ubud.

Setelah penat berjalan kami makan lagi. Ingat! Kedai muslim sahaja.
Hidangan memang banyak tetapi lauk yang disentuh aje.. yang dikira.. Cara ini mahal sikit lebih baik makan cara nasi kandar. Sepanjang perjalanan kita akan melihat tugu-tugu atau arca pengaruh Hindu hampir setiap tempat dan penduduk Bali ramah dan mesra. Setelah sampai anak-anak terus kekolam dan malam nati ada pertunjukan Tarian Barong yang terkenal di Bali. Jadi saya akan ceritakan lagi siri kedua nanti. Terima kasih.

Tiada ulasan: