Ahad, 21 April 2013

Bermain dengan tatabahasa.


                           Cuba jawab                                            

NAMA  :__________________________________                         TARIKH  :_________


FORMULA TATABAHASA

pecahan – ditulis di akhir ayat bukan di tengah
dua setengah kilogram ( s   )
dua kilogram setengah ( B   )
tiga setengah minit       ( S   )
lima liter suku                ( B   )
tiga suku jam                 ( S   )

ayat pasif(kata ganti nama 1,2,3) tiada oleh , di
1. Roti itu dimakan oleh saya. ( X   )
2. Roti itu saya makan.               (    )
3. Roti itu kamu makan.           (    )
4. Roti itu dimakan oleh mereka.(    )
5. Roti itu mereka makan.            ( X  )

membuat  /  berbuat = abstrak/bukan benda
1. Jangan membuat bising.               ( X   )
2. Jangan berbuat bising.                  (    )
3. berbuat begitu                                (    )
4. membuat begitu                             (  X  )
5. berbuat demikian                           (    )

antara(bukan tempat)  / di  antara(tempat)
1. Antara hobi saya ialah membaca buku.   (    )
2. Di antara hobi saya ialah membaca buku.           ( X    )
3. Rumah saya terletak di antara tingkat satu dengan
    tingkat tiga.    (    )
4. Fatihah duduk di antara Julia dengan Mariam.   (    )
5. Antara alat-alat tulis  yang dibeli olehnya ialah
    pensel, pembaris, pen dan pemadam.  (  X   )

di dalam (lubang/ruang)    /   dalam (abstrak/tidak nampak)
1. di dalam ingatannya (  X   )
2. dalam ingatannya     (     )
3. di dalam bilik            (     )
4. dalam mesyuarat      (     )
 5. di dalam hatinya       (  X   )

   6. ialah(kata nama,kata kerja)    /   adalah(kata sendi,kata adjektif)
1. Ramli ialah abang saya.       (    )
2. Ramli adalah abang saya.  ( X   )
3. Mesyuarat itu  adalah dari pukul 8:00 pagi hingga 10:00 pagi. (     )
4. Punca pencemaran adalah seperti pembuangan sisa
    toksik oleh pihak kilang.   (    )
5. Hobi saya adalah bermain badminton.  (  X  )

                                                                                                     

NAMA  :__________________________________                         TARIKH  :_________


_____ jangan = Harap sahaja
1. Harap jangan merokok. (    )
2. Sila jangan merokok. (  X  )
3. Tolong jangan merokok. ( X   )
4. Usah jangan merokok. ( X   )
5. Jangan merokok. (    )

  8. meN-…-i (orang)   / meN-…-kan (benda)
1. menasihati Ali         (    )
2. menasihatkan Ali    ( X   )
3. menghidangkan tetamu (  X  )
4. menghidangkan nasi lemak (    )
5. menaiki bendera   (     )

9. (orang)di-…-i(benda)    /   (benda) di-…-kan (orang)
1. Pingat kecemerlangan dihadiahkan kepada Fatimah.  (    )
2. Fatimah dihadiahkan pingat kecemerlangan.  ( X   )
3. Fatimah dihadiahi pingat kecemerlangan.  (    )
4. Menteri  itu dianugerahkan pingat kebesaran. ( X    )
5. Pingat kebesaran dianugerahkan kepada menteri itu. (    )

10. memper  (kata adjektif)      /    memper-…-kan (kata kerja)
1. memperdalamkan lubang itu ( x   )
2. memperdalam lubang itu (    )
3. mendalamkan lubang itu (    )
4. memperkatakan  hal itu (    )
5. memperkata hal itu  ( x   )


11. memperisterikan (mengahwinkan orang lain)  /  memperisteri(berkahwin dengannya)
1. Haji Isa memperisterikan seorang gadis kampung. ( X   )
2. Haji Isa memperisteri seorang gadis kampung. (    )
3. Haji Isa memperisterikan anak lelakinya dengan seorang gadis kampung. (    )
4. Haji Isa memperisteri anak lelakinya dengan seorang gadis kampung. ( X   )
5. Haji Isa mempersuamikan anak daranya dengan seorang pemuda kampung. (    )

12.  meN-…-kan(orang) = buat/beli untuk orang lain
1. Siti Nurhaliza membuatkan ayahnya secawan teh. (    )
2. Siti Nurhaliza membuat ayahnya secawan teh. ( X    )
3. Kakak menjahitkan ibunya sepasang baju kurung. (    )
4. Kakak menjahit ibunya sepasang baju kurung. ( X   )
5. Kakak menjahit sepasang baju kurung untuk ibunya. (    )

Tiada ulasan: