Jumaat, 12 April 2013

Fakta konsep dan generaliasi


Fakta konsep dan generalisasi.

 Terdapat berbagai pengertian dan kefahaman tentang fakta, konsep dan generalisasi dan klafikasi mengenai pengetahuan mengikut kajian ahli falsafah, psikoligi kognitif, ahli sain dan pendidikan. Intipati kurikulum dalam sebahagian besar mata pelajaran termasuk pengetahuan dan kemahiran. Kefahaman dan pengetahuan seseorang tentang sesuatu adalah hasil daripada kombinasi, pengalaman, persepsi, data, maklumat, dan interpretasi peribadi seseorang yang diamalkan. Sesuatu srtuktur ilmu pengetahuan yang selalu diamalkan termasuk ilmu sosial boleh di bahagikan kepada tiga hiraki iaitu fakta, konsep dan generalisasi.

1. Fakta
         Fakta adalah merupakan suatu informasi atau data yang terjadi dalam kehidupan  seharian dan dinyatakan oleh ahli sosiologi sebagai ternyata terjamin kebenarannya. Perkara yang benar-benar wujud dan diakui oleh semua pihak.
Antara contoh fakta iaitu;
Kuala Lumpur adalah ibukota Malaysia.
Sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia adalah sungai Pahang.
Malaysia merdeka pada tahun 1957.

2. Konsep.
         Konsep adalah kesepakatan untuk penamaan sesuatu dan merupakan alat intelektual yang membantu kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah. Jika kia berjumpa dengan sesuatu informasi contohnya ada sessuatu benda yang padat, besar, benda itu di buat daripada besi, digerakkan oleh besi dan meluncur laju diudara, digunakan untuk mengangkut orang atau barangan maka dengan berfikir secara logik kita daapat menyakan bahawa benda itu semestinya kapal terbang yang berkonsep demikian yang pasti tidak boleh diubah lagi.
         Konsep merupakan sebuah fakta yang mempunyai ikatan dengan makna atau definasi yang ditentukan. Contohnya adalah seperti berikut:
Konkrik atau abstrak, luas atau sempit dan sukukata atau frasa.
Beberapa konsep adaklah kongkrik, contohnya kejadian manusia, binatang, gunung dan sebagainya juga termasuk tempat dan objek.
Konsep lain yang berbentuk abstrak iaitu tolenrasi, demokrasi, adaptasi dan sebagainya. Konsep dianggap penting kerana dapat membantu seseorang menghadapi cabaran atau rintangan. Dengan adanya konsep ia dapat mengenal seterusnta memahami sesuatu kejadian.


3. Generalisasi.
         Merupakan sesuatu peryataan yang terjadi daripada konsep. Generalisasi mengemukan maklumat yang lebih lanjut mengenai sesuatu perkara. Kebenaran sesuatu generalisasi ditentukan bukti konsepnya. Kita hendaklah memahami bahawa fakta menyediakan contoh-contoh bagi konsep dan generalisasi yang spesifik. Kaitan antara kedudukan atau peranan generalisasi hendaklah bermula dengan pengumpulan fakta atau data teru membentuk suatu konsep dan akhirnya membuat sesuatu generalisasi.

TOPIK MATA PELAJARAN YANG MENYATAKAN FAKTA , KONSEP DAN GENERALISASI.
Penentuan Isi Kandungan Pelajaran.
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Topik:  Kebersihan

Unit/ Topik
Pengetahuan
Kemahiran
Fakta
Konsep /Istilah
Generalisasi
Kognitif
Prinsip
Sosial
Unit 1
Kebersihan
Diri
Kebersihan
Kebersihan diri sendir
Setiap orang perlu menjaga kebersihan diri.
Merumus
Membanding beza
Kebersihan diri perlu dijaga
Sopan santun
Hormat
Unit 2
Kebersihan
Sekolah

Kebersihan
Kebersihan Kawasan Sekolah
Kebersihan sekolah perlu dijaga bersama.
Menjana idea
Meramal Merumus
Kebersihan sekolah perlu dijaga

Sopan
Berhemah
Menghargai
Unit 3
Kebersihan
Persekitaran
Kebersihan
Kebersihan Tempat tinggal
Menjaga Persekitaran yang bersih rakyat menjadi  sihat
Kategori
Hubungkait
Merumus
Kebersihan alam sekitar perlu dijaga
Rajin
Disiplin
Hargai bakat

Tiada ulasan: