Isnin, 6 Mei 2013

MELAWAT BALI INDONESIA CARA MURAH 2


Salam mesra. Ingin saya menyambung lagi cerita melawat Pulau Bali. Selepas Waktu Magrib kami mengisi perut dengan makan bekalan yang dibawa dari Malaysia. Isteri saya menyediakan roti yang disapu kaya, juga biskut dan anak-anak apa lagi dengan makanan mee segera mereka. Kami tidak makan di hotel kerana pekerja bukan Islam yang menyediakan makanan. Kepada sahabat semua, jika pergi ke Pulau Bali, jangan lupa bawa sedikit makanan dan minuman segera, kerana sangat sedikit kedai makanan orang Islam. 
Lebih kurang pukul 9.00 malam pihak hotel mengadakan pertunjukan “tarian Barong”. Tarian ini seperti tarian naga tetapi dalam bentuk persembahan dan ada sedikit pemujaan. Agak menakutkan juga bagi kanak kanak.


Hari ketiga pagi-pagi lagi kami sewa van dan keluar dari hotel kerana hotel ini agak jauh dari bandar utama dan mahal sedikit. Anak-anak sempat lagi mandi kolam.

Mula-mula kami cari hotel di pantai Kuta. Saya dapat menyewa hotel RM85. 00 semalam, jadi kami sewa dua malam dua bilik.  Selepas itu kami berjalan ketempat membeli belah di Ubud. Tetapi sekejap sahaja di sini kerana hujan lebat. Kawasan ini banyak terdaapat monyet yang berkeliaran dan ada juga kedai cenderamata seperti Taman Botanikal Pulau Pinang. Selepas itu kami pergi pula ke Sukawati. Kawasan ini juga merupakan tempat membeli belah.



Pertengahan jalan kami singgah pusat kraf dan tempat jual kopi, tapi awas ada kopi tahi musang atau kopi luwak, baunya harum dan mahal.


Lepas itu kami pergi ke bandar Jimbaran untuk makan makanan laut.Ambil gambar sahaja, pemandangannya cantik
 Tetapi tiada kedai muslim, kami pergi ke kedai biasa aje. Harga makanan laut agak mahal tetapi ketam, udangnya besar-besar.


Selepas itu pergi ke Nusa Dua, tempat orang menyelam dan melakukan aktiviti laut.

Setelah anak-anak penat dan waktu petang kami balik hotel berehat. Lebih kurang pukul lima kami pergi berjalan di Pantai Kuta. Orang sangat ramai dan anak-anak sempat mandi laut. 




Selepas  mandi kami singgah kafe’ minun jus avakado dan kiwi yang terkenal disini.
Sebelah malam pula kami naik kuda keliling bandar Kuta, lebih kurang RM30.00 satu pusingan. Nasib baik sebelah hotel kami ada restoran Minang, jadi kami makan malam dikedai tersebut.
Besoknya hari kelima kami membeli belah disekitar hotel dan bersiar dibandar Kuta dan pada hari itu juga kami berkemas barang untuk kembali ke Malaysia. Lebih kurang pukul satu petang kami pulang ke Malaysia.




  Banyak lagi tempat menarik yang kami tidak sempat pergi.Insyaallah sekiranya ada kesempatan kami datang lagi. Setakat ini sahaja buat kali ini, saya akan coret lagi percutian seterusnya ditempat lain pula. Sekian terima kasih.

Tiada ulasan: