KEKELIRUAN
1. Pilihanraya
atau pilihan raya
Dalam kata majmuk, kata raya mesti dipisahkan daripada unsur
pertama kecuali kata nama khas yang telah diwartakan seperti Dewan Bandaraya
Ipoh.
Yang
betul : pilihan raya, jalan raya, lebuh
raya.
2. Pusat
beli-belah atau pusat membeli-belah?
Frasa nama pusat membeli-belah bermaksud pusat yang melakukan kerja
membeli-belah, sedangkan maksud yang sebenar ialah tempat tumpuan orang ramai
untuk membeli-belah.
Yang
betul: pusat beli-belah
3. Perlantikan
atau pelantikan?
Imbuhan beR… akan membentuk kata nama
terbitan peR…an. Imbuhan meN…akan membentuk kata nama terbitan peN…an. Oleh
sebab itu, tidak wujud kata nama perlantikan,
perletakan, perlucutan kerana tidak terdapat perkataan berlantik, berletak, berlucut.
4. Justeru
atau justeru itu?
Makna justeru ialah kebetulan, tepat, kena benar dan malahan atau bahkan.
Boleh digantikan dengan oleh sebab itu.
5. Dalam
dan di dalam
Kedua-dua mendukung maksud yang
berlainan. Dalam sebagai kata arah
akan hadir sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau tempat, misalnya
di dalam atau ke dalam. Kata sendi
nama dalam pula digunakan di hadapan frasa nama yang membawa maksud lingkungan
yang tidak mempunyai jarak atau ruang seperti perkara, peristiwa, hal,
masyarakat dan lain-lain.
Semoga menambah sedikit
ilmu
1 ulasan:
kesilapan yang kadang-kadang tidak disengajakan....terima kasih dengan panduan yang dis sediakan
Catat Ulasan