Contoh SOALAN
Tulis beberapa NILAI dan PENGAJARAN yang dapat kamu peroleh
daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu mestilah
TIDAK KURANG DARIPADA 50 PATAH KATA. Tulis jawapan kamu
dalam SATU PERENGGAN.
Alina tidak menyiapkan kerja rumah
yang diberi oleh guru Matematiknya. Malam tadi, Alina mencuba membuatnya tetapi
dia tidak tahu akan cara-caranya. Awal-awal pagi lagi, Alina pergi ke sekolah.
Dia meminjam buku latihan Safura dan menyalinnya. Dia mengucapkan terima kasih
kepada Safura kerana membenarkannya meniru buku latihan itu. Walau
bagaimanapun, Alina dan Safura telah dipanggil oleh guru kerana beliau mensyaki
salah seorang daripada mereka meniru. Tanpa berselindung, Alina memberitahu hal
sebenarnya. Dia meminta maaf kepada gurunya dan berjanji tidak akan mengulangi
perbuatan itu lagi.
Contoh SOALAN
C (3)
Tulis beberapa NILAI dan
PENGAJARAN
yang dapat kamu peroleh daripada petikan
di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah TIDAK KURANG DARIPADA 50
PATAH KATA.
Tulis jawapan kamu itu dalam SATU
PERENGGAN.
Semasa Hakim terjaga daripada tidur, jam mejanya telah menunjukkan
pukul 7:10 pagi. Dia
tahu bahawa dia telah terlewat untuk ke sekolah. Dia bangun dengan
tergesa-gesa. Selepas mandi dan berpakaian, Hakim mengayuh basikalnya dengan laju ke sekolah. Sesampainya di sekolah, murid lain telah mula
belajar. Hakim memberi salam dan masuk ke kelas. Halim ditegur oleh gurunya atas
kelewatan tersebut. Dia meminta maaf kepada gurunya dan berjanji tidak akan
mengulangi perbuatan itu lagi. Kini, baru dia sedar bahawa kecenderungannya
menonton televisyen sehingga jauh malam tidak membawa sebarang kebaikan
kepadanya.
NILAI DAN
PERNYATAANNYA
Nilai
|
Pernyataan
|
Baik
Hati
|
Murah hati.
|
Belas
kasihan.
|
|
Bertimbang rasa.
|
|
Ramah
mesra.
|
|
Kesediaan
meminta dan memberi maaf.
|
|
Sabar, saling memahami dan
toleransi.
|
|
Saling memanfatkan.
|
|
Berdikari
|
Tidak mengharapkan orang lain
untuk mencapai sesuatu matlamat.
|
Yakin kepada diri sendiri.
|
|
Berupaya bertindak sendirian.
|
|
Hemah
Tinggi
|
Sentiasa melakukan sesuatu yang
dikehendaki oleh masyarakat.
|
Mengamalkan segala bentuk sikap
positif yang menjadi tonggak kesempurnaan peribadi.
|
|
Tidak
memandang rendah dan menghina mereka yang kurang bernasib baik.
|
|
Sopan dan
bertatasusila.
|
|
Mengakui
kesilapan diri.
|
|
Hormat-Menghormati
|
Menghormati ibu bapa, guru,
pemimpin, dan orang yang lebih berusia.
|
Mematuhi undang-undang dan
peraturan.
|
|
Menepati masa
dan menggunakan masa dengan baik.
|
|
Menghormati
adat resam dan kepercayaan kaum lain.
|
|
Menghargai sumbangan dan jasa.
|
|
Menghormati hak asasi orang lain.
|
|
Kasih
Sayang
|
Sayang
akan diri sendiri / ada harga diri.
|
Mengamalkan
|
|
Sayang
akan alam semula jadi.
|
|
Sayang
akan harta benda.
|
|
Cinta akan keamanan dan keharmonian.
|
|
Keadilan
|
Bertindak
adil dan saksama dalam membuat keputusan atau dalam menyelesaikan sesuatu
perkara.
|
Mengenakan ganjaran dan denda yang seimbang dalam pengurusan sesuatu.
|
|
Adil dalam
pembahagian dan pengagihan.
|
|
Kebebasan
|
Membuat sesuatu dalam lingkungan
peraturan dan undang-undang.
|
Keberanian
|
Bersedia untuk mencuba sesuatu.
|
Bersedia untuk menegakkan
kebenaran.
|
|
Kebersihan
Fizikal
dan
Mental
|
Bertanggungjawab
dalam menjaga kebersihan diri, rumah, sekolah, dan persekitaran.
|
Kebersihan untuk keselesaan hidup dan kesihatan.
|
|
Amalan harian mengikut masa, misalnya rehat, tidur dan makan.
|
|
Pakaian
yang sempurna.
|
|
Pemikiran
yang sihat, kata-kata yang sopan dan tingkah laku yang baik.
|
Kejujuran
|
Menyatakan
sesuatu dengan betul dan benar tanpa menokok tambah atau berselindung.
|
Sikap dan
perlakuan yang menunjukkan niat yang baik, amanah dan ikhlas.
|
|
Sikap
bertanggungjawab yang menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.
|
|
Kesucian hati tanpa mengharapkan
balasan apabila melakukan sesuatu.
|
|
Kerajinan
|
Usaha berterusan yang penuh dengan
semangat ketekunan.
|
Teguh, tetap
dan tabah hati dalam melakukan sesuatu perkara.
|
|
Berusaha
sungguh-sungguh dengan semangat inisiatif, inovatif dan kreatif .
|
|
Berminat dan
rela mengorbankan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu perkara.
|
|
Bekerjasama
|
Mengamalkan usaha yang baik dan
membina yang dilakukan secara bersama-sama.
|
Hubungan mesra tanpa mengira
keturunan atau bangsa untuk melahirkan kerjasama yang erat.
|
|
Tanggungjawab atau kewajipan yang
perlu dipikul bersama.
|
|
Saling membantu dalam melaksanakan
sesuatu tugas atau tanggungjawab tanpa mengharapkan ganjaran.
|
|
Sanggup
toleransi, sabar dan dapat mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya
pertelingkahan.
|
|
Suasana
persefahaman dan kerjasama pada peringkat keluarga, komuniti, masyarakat,
negara dan antarabangsa.
|
|
Kesederhanaan
|
Tidak keterlaluan atau
berlebih-lebihan dalam membuat pertimbangan / tindakan.
|
Sederhana dalam pertuturan dan
tingkah laku.
|
|
Sederhana
dalam menimbangkan kepentingan diri / kepentingan orang lain.
|
|
Kesyukuran
|
Perasaan dan perlakuan yang
dilahirkan secara ikhlas atas nikmat dan kesenangan yang diperoleh.
|
Melahirkan perasaan untuk
mengiktiraf dan menghargai sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.
|
|
Mengingat jasa baik seseorang dan
berhasrat untuk membalasnya.
|
|
Berterima kasih atas jasa dan
sumbangan yang diterima.
|
|
Rasional
|
Boleh
mengambil kira baik buruk sesuatu sebelum membuat keputusan.
|
Mampu berfikir dan memberi alasan
yang munasabah.
|
|
Sikap dan
pandangan yang boleh diterima akal dan munasabah.
|
|
Dapat membuat
pertimbangan yang wajar.
|
|
Semangat
Bermasyarakat
|
Peka terhadap
keperluan dan kehendak masyarakat.
|
Bekerjasama
dan muafakat dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.
|
|
Patriotisme
|
Hormat dan setia kepada pemimpin,
raja dan negara.
|
Patuh kepada peraturan dan
undang-undang.
|
|
Semangat cinta akan negara.
|
|
Cinta
dan taat kepada raja dan negara.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan