Arahan : Baca cerita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Aku terjaga daripada
tidur apabila mukaku terkena tempias
yang bolos melalui daun tingkap yang separuh terbuka. Di luar hujan renik-renik dan udara kedinginan. Keadaan ini membuatkan aku kesiangan, fikirku
sambil menutup tingkap itu.
Aku ke dapur. Rumahku sunyi sahaja. Entah ke mana emak dan ayahku, aku tidak
pasti.
Kubuka saji. Semuanya sudah
siap. Nasi pulut dengan ikan sepat
bakar. Melihat sajian itu, perutku
berkeroncong. Aku makan sambil berfikir
tentang perkara yang harus kubuat pada waktu hujan begini. Sebentar kemudian
kudengar bunyi benda keras mengenai lantai lambur. Kubuka pintu.
Rupa-rupanya emakku baru balik.
Dia mencampakkan sahaja golok di atas lambur itu sebelum pergi ke
perigi. Aku dapat mengagak apa yang dibuat oleh emakku. Selalunya jika tidak dapat menoreh seperti
hari-hari biasa, dia akan menetak mengkuang di tepi paya. Mengkuang itu akan dianyam menjadi tikar.
Emak naik ke rumah. “Lain kali bangunlah pagi-pagi,” leter
emak. “Boleh tolong emak tetak
mengkuang,” tambahnya lagi. “Ayah ke mana?” tanyaku. “Katanya, tadi dia hendak ke kebun
tembakau. Dia bimbang benar kalau-kalau
air sungai naik dan memusnahkan pokok-pokok tembakaunya,” jawab emak. “Ingatkan
ayah menjaring ikan,” kataku.
Pokok-pokok tembakau kepunyaan ayah hampir boleh dipungut daunnya. Kalau semalam dua pokok
tembakau itu terendam dalam air habislah,” jawab emak. Suaranya risau.
“Tapi harap-harap hujan ini akan
reda dengan cepat,” sambungnya lagi. Ayahku
memang rajin. Di sebelah pagi dia
menoreh bersama emak. Di sebelah petang
pula dia menanam tembakau. Kadang-kadang
aku menolongnya di kebun tembakau itu. Aku membuat kerja-kerja yang ringan sahaja seperti membaja dan
meracun. Ulat suka benar makan daun-daun
tembakau. Habis berlubang-lubang daun
tembakau itu. “Jangan termangu lagi. Pergilah baca buku,” kata ibu. Lamunanku tergencat.
1
Mengapakah penulis kesiangan?
A Kerana sekarang musim hujan
B Kerana mukanya terkena tempias
C
Kerana tidak dikejutkan oleh
emak
D Kerana hari hujan dan udara dingin
2
Berikut ialah
urutan kerja yang betul dilakukan oleh
penulis
A melihat
ke luar rumah, menutup tingkap, menuju ke dapur
B membuka
tudung saji, bersarapan dan mencari emaknya
C pergi
ke dapur, membuka tudung saji dan bersarapan
D menutup
tingkap, pergi ke dapur, membuka saji
3
Apakah pekerjaan sampingan emak penulis?
A Mencari
daun mengkuang
B Menganyam
tikar
C Menangkap
ikan
D Menoreh
getah
4
Berikut ialah masalah-masalah yang ditempuhi
dalam kehidupan keluarga penulis KECUALI
A tidak
dapat menoreh apabila hujan
B daun-daun
tembakau dimakan ulat
C tanaman
tembakau yang diancam banjir
D daun-daun
tembakau akan dipungut tidak lama lagi
5
Maksud perkataan ‘ tergencat
‘ dalam petikan ialah
A terhenti
B terputus
C tergendala
D terganggu
JAWAPAN
1. D Kerana hari hujan dan udara
dingin
2. C pergi ke dapur, membuka tudung saji dan
bersarapan
3. B Menganyam tikar
4 D daun-daun tembakau akan dipungut tidak lama
lagi
5. A terhenti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan