Fakta konsep dan
generalisasi.
Terdapat berbagai pengertian dan kefahaman
tentang fakta, konsep dan generalisasi dan klafikasi mengenai pengetahuan
mengikut kajian ahli falsafah, psikoligi kognitif, ahli sain dan pendidikan.
Intipati kurikulum dalam sebahagian besar mata pelajaran termasuk pengetahuan
dan kemahiran. Kefahaman dan pengetahuan seseorang tentang sesuatu adalah hasil
daripada kombinasi, pengalaman, persepsi, data, maklumat, dan interpretasi
peribadi seseorang yang diamalkan. Sesuatu srtuktur ilmu pengetahuan yang
selalu diamalkan termasuk ilmu sosial boleh di bahagikan kepada tiga hiraki
iaitu fakta, konsep dan generalisasi.
1. Fakta
Fakta adalah merupakan suatu informasi
atau data yang terjadi dalam kehidupan
seharian dan dinyatakan oleh ahli sosiologi sebagai ternyata terjamin
kebenarannya. Perkara yang benar-benar wujud dan diakui oleh semua pihak.
Antara contoh fakta
iaitu;
Kuala Lumpur adalah
ibukota Malaysia.
Sungai yang
terpanjang di Semenanjung Malaysia adalah sungai Pahang.
Malaysia merdeka pada
tahun 1957.
2. Konsep.
Konsep adalah kesepakatan untuk
penamaan sesuatu dan merupakan alat intelektual yang membantu kemahiran
berfikir dan penyelesaian masalah. Jika kia berjumpa dengan sesuatu informasi
contohnya ada sessuatu benda yang padat, besar, benda itu di buat daripada
besi, digerakkan oleh besi dan meluncur laju diudara, digunakan untuk
mengangkut orang atau barangan maka dengan berfikir secara logik kita daapat
menyakan bahawa benda itu semestinya kapal terbang yang berkonsep demikian yang
pasti tidak boleh diubah lagi.
Konsep merupakan sebuah fakta yang
mempunyai ikatan dengan makna atau definasi yang ditentukan. Contohnya adalah
seperti berikut:
Konkrik atau abstrak,
luas atau sempit dan sukukata atau frasa.
Beberapa konsep
adaklah kongkrik, contohnya kejadian manusia, binatang, gunung dan sebagainya
juga termasuk tempat dan objek.
Konsep lain yang
berbentuk abstrak iaitu tolenrasi, demokrasi, adaptasi dan sebagainya. Konsep
dianggap penting kerana dapat membantu seseorang menghadapi cabaran atau
rintangan. Dengan adanya konsep ia dapat mengenal seterusnta memahami sesuatu
kejadian.
3. Generalisasi.
Merupakan sesuatu peryataan yang
terjadi daripada konsep. Generalisasi mengemukan maklumat yang lebih lanjut
mengenai sesuatu perkara. Kebenaran sesuatu generalisasi ditentukan bukti
konsepnya. Kita hendaklah memahami bahawa fakta menyediakan contoh-contoh bagi
konsep dan generalisasi yang spesifik. Kaitan antara kedudukan atau peranan
generalisasi hendaklah bermula dengan pengumpulan fakta atau data teru membentuk
suatu konsep dan akhirnya membuat sesuatu generalisasi.
TOPIK MATA PELAJARAN
YANG MENYATAKAN FAKTA , KONSEP DAN GENERALISASI.
Penentuan Isi
Kandungan Pelajaran.
Mata Pelajaran : Bahasa
Melayu
Topik: Kebersihan
Unit/ Topik
|
Pengetahuan
|
Kemahiran
|
||||
Fakta
|
Konsep /Istilah
|
Generalisasi
|
Kognitif
|
Prinsip
|
Sosial
|
|
Unit 1
Kebersihan
Diri
|
Kebersihan
|
Kebersihan diri
sendir
|
Setiap orang perlu
menjaga kebersihan diri.
|
Merumus
Membanding beza
|
Kebersihan diri
perlu dijaga
|
Sopan santun
Hormat
|
Unit 2
Kebersihan
Sekolah
|
Kebersihan
|
Kebersihan Kawasan
Sekolah
|
Kebersihan sekolah
perlu dijaga bersama.
|
Menjana idea
Meramal Merumus
|
Kebersihan sekolah
perlu dijaga
|
Sopan
Berhemah
Menghargai
|
Unit 3
Kebersihan
Persekitaran
|
Kebersihan
|
Kebersihan Tempat
tinggal
|
Menjaga
Persekitaran yang bersih rakyat menjadi
sihat
|
Kategori
Hubungkait
Merumus
|
Kebersihan alam
sekitar perlu dijaga
|
Rajin
Disiplin
Hargai bakat
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan