Setelah
sampai Jedah kami terus ketempat penginapan hantar barang dihotel di Mekah dan
terus mengerjakan umrah. Kami berniat umrah di atas kapal terbang. Umrah kali pertama semuanya begitu bersemangat. Kami
dapat mengerjakan lebih kurang 8 kali seorang.
Bermula
dengan tawaf 7 pusingan sekeluarga.
Akhir sekali kita bercukur atau bergunting.Habislah satu umrah, selepas itu tiada pantang lagi dan moga dimakbul Allah.
Ziarah ke ladang unta. Disini kita boleh membeli susu segar. Cara memerah susu dan menjualnya agak tradisional, mungkin dikawasan lain ada cara moden memerah susu unta.
Bukit Rahmah, salah satu tempat orang berdoa dan antaranya agar kasih sayang keluarga berpanjangan. Semoga apa yang dipaparkan dapat menjadi panduan untuk pengunjung sekiranya mahu mengerjakan Umrah. Insyaallah saya akan cerita lagi ziarah saya dan cerita di Madinah pada masa akan datang. Bersambung lagi bahagian 2 nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan